Assalamulaikum..
Memandangkan tahun 2008 akan melabuhkan tirainya, maka adalah wajar bagi kita semua utk menilai penghasilan kita utk tujuan zakat. Berikut adalah sedikit maklumat ttg zakat pendapatan yg saya ambil dari laman PPZ:-
Takrifan Zakat PendapatanMenurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat al-Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.
Takrif Zakat Gaji dan PendapatanZakat Gaji dan Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.
Terdapat dua kaedah mengira zakat pendapatan iaitu:
Contoh
Cara 1
Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)
Contoh: RM30,000 x 2.5% = RM750
Cara 2
Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5%
(Setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan)
Contoh:
A. PENDAPATAN dari sumber seperti elaun, bonus, dividen yang diterima (setahun) = RM30,000
B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)
1. Diri = 8,000
2. Isteri = 3,000
3. Anak 4 orang x RM1,000 = 4,000
4. Pemberian kepada ibubapa (contoh: RM100 x 12) = 1,200
5. KWSP (contoh: 11%) dari 30,000
6. Caruman ke organisasi/koperasi/institusi kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum & pendeposit (Contoh: Lembaga Tabung Haji) = 3,300
Jumlah Tolakan = 20,400
C PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A-B) = 9,600
D ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR = RM240
(kerana C lebih dari nisab) RM9,600 x 2.5%
E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN (RM240/12 bulan) = RM20
Apa pun cara pengiraan kita, yang penting kita melaksanakan salah satu rukun Islam ini dengan tulus ikhlas...
Wednesday, December 10, 2008
Tuesday, December 9, 2008
Selamat Datang/Ahlan wa Sahlan/Welcome

Assalamualaikum...
Setelah hampir seminggu bertungkus lumus, buat trial & error dan dgn bantuan my sister, maka konfidenlah saya utk menjemput tuan-puan utk melawat blog saya nih...dan memberi sedikit komen. Insya Allah saya akan update penampilan blog ini dari masa kesemasa supaya lebih menarik...semoga laman blog ini dapat menjadi alat utk berkomunikasi dan memberi manfaat kepada saya & tuan-puan, agama & bangsa kita...wassalam. tq
Sunday, November 30, 2008
Subscribe to:
Comments (Atom)
